Takaful merupakan salah satu konsep insurans yang berasaskan Muamalat Islam, yang diuruskan berlandaskan prinsip-prinsip Syariah. Konsep Takaful menggambarkan satu rancangan insurans berasaskan kepada hubungan persaudaraan Islam, rasa saling tanggungjawab dan saling bekerjasama di kalangan peserta. InsyaAllah peserta akan beroleh keuntungan seperti di bawah:
Pertama: Keuntungan Duniawi
Keuntungan dari segi kewangan menerusi pelan Takaful dan perlaksanaan Mudharabah dan Al Wakalah.
Kedua: Keuntungan Ukhrawi
"manfaat" dari segi rohaniah / akhirat, di mana para peserta dapat memenuhi tanggungjawab yang disyariatkan oleh agama dan tuntutan sosial melalui kaedah 'Tabarru'.
Melalui pelan ini anda akan mendapatkan faedah-faedah seperti berikut:
1. DANA SIMPANAN YANG SUCI
Apabila sijil mencapai tempoh matang, anda akan memperolehi pembayaran sekaligus dari pendapatan pelaburan bersih dan jumlah terkumpul dari Akuan Pelaburan Peribadi serta lebihan dari Dana Risiko melalui Akaun Terkumpul Ta’awuni
2. KELEBIHAN KONSEP TABARRU' (KONSEP MENDERMA SECARA IKHLAS)
Tabarru'at merupakan perkataan Arab yang bermaksud menderma secara ikhlas. Dalam konteks perniagaan Takaful, setiap peserta yang ingin mendapatkan perlindungan Takaful mestilah hadir dengan niat yang ikhlas untuk menderma bagi membantu para peserta yang lain jika mereka menghadapi musibah.
Hari ini, kebanyakan syarikat yang menjalankan Takaful adalah terlibat dengan dunia perniagaan. Oleh itu Tabbaru'at yang bersyarat, diperkenalkan di mana setiap peserta yang ingin menyertai takaful mestilah menderma sesuai dengan risiko yang dibawanya. Justeru itu, jika seseorang peserta membawa risiko yang besar maka kadar tabarru'at yang mesti disumbangkan mestilah sepadan dengan risiko tersebut.
Terdapat juga sesetengah pendapat yang merasakan penggunaan istilah Tabarr'uat adalah tidak tepat kerana amalannya adalah berbeza dengan maksudnya yang bererti peserta tidak boleh disyaratkan jumlah pembayaran kerana ia adalah ikhlas semata-mata. Namun dengan operasi dan mekanisme yang digunakan dalam industri Takaful, diharapkan ianya tidaklah dijadikan isu yang besar.
3. PAMPASAN TERHADAP MUSIBAH KEMATIAN DAN KEHILANGAN UPAYA KEKAL KE ATAS PESERTA
Sekiranya berlaku musibah kematian atau hilang upaya kekal kepada anda, keluarga atau waris terdekat anda akan memperolehi manfaat perlindungan termasuk jumlah yang terkumpul di dalam Akaun Pelaburan Peribadi anda. (contoh jumlah pampasan pilihan anda: RM30,000.00 @ RM45,000.00 RM60,000 @ RM80,000.00 @ sebagainya)
FAEDAH–FAEDAH LAIN
4. PENGELUARAN SEBAHAGIAN WANG TUNAI
Pengeluaran boleh dilakukan sehingga tiga kali sepanjang tempoh pegangan sijil atau maksimum 50% (gabungan 3 pengeluaran) dari Akaun Pelaburan Peribadi bermula tahun ke 6. (Setelah 5 tahun polisi berkuatkuasa)
5. PENAMBAHAN KADAR SUMBANGAN (TOP UP CONTRIBUTION)
Sumbangan anda boleh di tambah apabila sijil anda mencapai tempoh minimum satu tahun. Penambahan minimum adalah RM50.00
6. POTONGAN CUKAI PENDAPATAN
Sumbangan Takaful Simpanan ini medapat pelepasan cukai daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) sehingga RM5,000.00
7. PILIHAN RIDER (MANFAAT) TAMBAHAN YANG TERBAIK
Anda juga boleh menambah perlindungan tambahan kepada Pelan Tabungan anda mengikut keperluan, iaitu Rider Bertempoh, 40 jenis Penyakit Kritikal, Kemalangan Diri Yang Melibatkan Kehilangan Anggota/Cacat Kekal, Khairat Kematian dan Manfaat Hospital.
( i) RIDER BERTEMPOH (TERM)
a)APABILA BERLAKU KEMATIAN (DEATH)
Apabila berlaku kematian terhadap peserta (pemilik sijil) dalam waktu polisi berkuatkuasa seperti syarat-syarat dalam sijil, Jumlah Rider Bertempoh (Term Rider Sum Covered (TRSC)) ditambah dengan baki dalam akaun pelaburan risiko (the participant’s Personal Risk Investment Account (PRIA)) akan dibayar secara pukal (lump sum), kepada penama yang dinamakan atau waris peserta yang meninggal tersebut.
b)APABILA BERLAKU KECACATAN MENYELURUH DAN KEKAL (TOTAL AND PERMANENT DISABLEMENT)
Apabila berlaku kecacatan menyeluruh dan kekal terhadap peserta (pemilik sijil) dalam waktu polisi berkuatkuasa seperti syarat-syarat dalam sijil, Jumlah Rider Bertempoh (Term Rider Sum Covered (TRSC)) ditambah dengan baki dalam akaun pelaburan risiko (the participant’s Personal Risk Investment Account (PRIA)) akan dibayar secara pukal (lump sum), kepada peserta.
(ii) TABUNG TABARRU' 40 JENIS PENYAKIT KRITIKAL DILINDUNGI OLEH TAKAFUL IKHLAS (BIASANYA 36 PENYAKIT KRITIKAL SAHAJA)
Sekiranya anda ditimpa salah satu daripada penyakit kritikal yang disenaraikan di bawah ini, anda, keluarga anda atau waris terdekat anda akan memperolehi manfaat kewangan sekaligus yang anda pilih semasa menyertai skim takaful ini (contoh: RM30,000.00 @ RM45,000.00 RM60,000 @ RM80,000.00 @ sebagainya) tanpa mengurangkan dana simpanan dalam Akaun Pelaburan Peribadi anda.
1. Serangan sakit Jantung
2. Strok/Angin Ahmar
3. Penyakit Arteri yg perlukan pembedahan
4. Lain-lain Penyakit Arteri koronari yg serius
5. Arterektomi Koronari yg serius
6. Penggantian Injap Jantung
7. Pembedahan Aorta
8. Koma
9. Hipertensi arteri Pulmonari Utama
10. Ketumbuhan Otak Tidak Merbak
11. Penyakit Radang Otak
12. Meningitis Bakteria
13. Kerosakan Buah Pinggang
14. Penyakit Sista Midula
15. Lupus Erythematosus & Lupus Nephritis
16. Penyakit Hati/Heper Kronik
17. Hepatitis Virus Fulminan
18. Penyakit paru-paru Kronik
19. Pemindahan Organ Utama
20. Kanser 21. Anaemia Aplastik
22. Penyakit Neuron Motor
23. Penyakit Alzheimer
24. Penyakit Parkinson
25. Sindrom Apalik
26. Distrofi Otot
27. Sklerosis Berbilang
28. Polio/Poliomielitis
29. AIDS Akibat Pemindahan Darah
30. Penyakit Boleh Membawa Maut
31. Buta
32. Melecur Teruk
33. Hilang Daya Pertuturan
34. Hilang Daya Pendengaran
35. Hilang Upaya Untuk Berdikari
36. Lumpuh/Parapligia
37. Kecerderaan Teruk Kepala
38. Kardiomiopati
39. Pembedahan Otak
40. Hilang Upaya Menyeluruh & Kekal
(iii) MANFAAT AKIBAT KEMALANGAN MAUT DAN KETIDAKUPAYAAN (IKHLAS ACCIDENTAL DEATH AND DISABILITY TAKAFUL RIDER)
IKHLAS ACCIDENTAL DEATH AND DISABILITY TAKAFUL RIDER tersedia kepada mereka yang berumur 30 hari hingga 60 tahun.
IKHLAS ACCIDENTAL DEATH AND DISABILITY TAKAFUL RIDER melindungi perkara-perkara tersebut di bawah ini:-
ACCIDENTAL DEATH BENEFIT
Apabila berlaku kemalangan yang menyebabkan kematian peserta (pemilik sijil) dalam waktu polisi berkuatkuasa seperti syarat-syarat dalam sijil,kematian disebabkan kemalangan jalan raya terhadap peserta (pemilik sijil) dalam waktu polisi berkuatkuasa seperti syarat-syarat dalam sijil, Jumlah Rider Accidental Death (Accidental Death Rider Sum Covered (ADRSC)) ditambah dengan baki dalam akaun pelaburan risiko (the participant’s Personal Risk Investment Account (PRIA)) akan dibayar secara pukal (lump sum), kepada penama yang dinamakan atau waris peserta yang meninggal tersebut.
ACCIDENTAL TOTAL AND PERMANENT DISABILITY BENEFIT
Apabila berlaku kemalangan yang menyebabkan kehilangan upaya menyeluruh dan kekal terhadap peserta (pemilik sijil) dalam waktu polisi berkuatkuasa seperti syarat-syarat dalam sijil, jumlah Rider Accidental Death (Accidental Death Rider Sum Covered (ADRSC)) ditambah dengan baki dalam akaun pelaburan risiko (the participant’s Personal Risk Investment Account (PRIA)) akan dibayar secara pukal (lump sum) kepada penama yang dinamakan.
ACCIDENTAL PARTIAL AND PERMANENT DISABILITY BENEFIT
In the event of accidental partial and permanent disablement of the participant within the term of the certificate, the Sum Covered plus the balance in the PRIA will be payable to the participant. Payment of the Sum Covered is as per the Schedule of Indemnity attached to the contract.
Nota: All of the above benefits exclude pre-existing conditions
MANFAAT POLISI MATANG (MATURITY BENEFIT)
Ketika sijil perlindungan matang, peserta akan menerima sejumlah bayaran wang secara pukal (lump sum payment)daripada pendapatan pelaburan oleh syarikat dan semua lebihan daripada Akaun Peribadi Pelaburan Risiko (Personal Risk Investment Account) dan jumlah lebihan bersih daripada Ta’awuni Account Pool daripada Tabung Risiko (Tabung Tabarru').
JUMLAH CARUMAN YANG FLEKSIBEL (FLEXIBLE CONTRIBUTION AMOUNT)
Peserta boleh memilih jumlah caruman yang diinginkan supaya bersesuaian dengan kemampuan, tujuan, perlindungan yang diberikan, jangkaan pulangan simpanan dan bergantung kepada umur semasa penyertaan dan syarat-syarat sijil.
JUMLAH PERLINDUNGAN (AMOUNT OF SUM COVERED)
Anda boleh memilih jumlah perlindungan yang disediakan Takaful Ikhlas sehingga 5 kali ganda daripada Pelan Asal.
(iv) MANFAAT TABUNG SEGERA KHAIRAT KEMATIAN TERGEMPAR (IKHLAS IMMEDIATE DEATH EXPENSES TAKAFUL RIDER)
IKHLAS IMMEDIATE DEATH EXPENSES TAKAFUL RIDER disediakan untuk tujuan menyediakan wang segera (immediate financial assistance) kepada waris/penama kepada peserta ketika berlaku musibah kematian peserta. Tujuan manfaat ini adalah sangat murni dan baik untuk tujuan menyelesaikan segala keperluan urusan jenazah, hutang piutang dan segala perbelanjaan runcit semasa proses pengebumian peserta.
FAEDAH KEMATIAN (DEATH BENEFIT)
Ketika berlaku kematian peserta dalam tempoh polisi berkuatkuasa, waris/penerima wasiat akan menerima sejumlah bayaran wang secara pukal (lump sum payment) daripada akaun Immediate Death Expenses ditambah dengan lebihan bersih daripada Tabung Risiko (Tabung Tabarru') kepada waris/penerima wasiat.
Note: The above benefit excludes pre-existing conditions
KENAPA DAN APA KELEBIHAN IKHLAS IMMEDIATE EXPENSES?
TUNTUTAN YANG MUDAH DAN KELULUSAN YANG CEPAT (HASSLE-FREE AND FAST CLAIM APPROVAL )
sekiranya bukti kematian peserta telah ditunjukkan, waris/penama akan menerima faedah Immediate Death Expenses dengan serta merta tanpa sebarang dokumen sokongan.
(v)MANFAAT ELAUN HARIAN HOSPITAL (IKHLAS HOSPITAL CASH BENEFIT RIDER)
Bagaimana Manfaat Ikhlas Hospital Benefit Takaful melindungi anda?
Sekiranya peserta (pemilik polisi) Takaful Ikhlas Sdn Bhd dimasukkan ke dalam hospital disebabkan sakit (sebarang penyakit yang tidak bersalahan dengan undang-undang) atau kecederaan sekurang-kurangnya enam (6) jam, manfaat elaun hospital (hospital cash benefit rider) akan dibayar daripada hari pertama di hospital. Jumlah hari maksima untuk tuntutan adalah 180 hari bagi setiap peristiwa atau 365 hari sepanjang tempoh polisi berkuatkuasa seperti yang tercatat dalam sijil/polisi sebelum manfaat ini dimatikan (setelah peserta telah menuntut keseluruhan maksima 365 hari elaun harian hospital).
Sekiranya peserta dimasukkan ke dalam hospital, manfaat hospital akan dibayar dan tertakluk kepada syarat-syarat di bawah ini:
- Tiada manfaat hospital sekiranya peserta dimasukkan ke dalam hospital hanya selepas baru 3 bulan selepas polisi berkuatkuasa ((Rider Hospital Benefit berkuatkuasa).
- Manfaat ini tidak termasuk terhadap penyakit sedia ada yang dihidapi sebelum polisi berkuatkuasa.
Kenapa perlunya Ikhlas Hospital Benefit Takaful Rider?
Jumlah Perlindungan (Jumlah elaun harian hospital)
Anda boleh memilih jumlah perlindungan mengikut kemampuan anda serendah RM10 sehari hingga RM200 sehari bergantung kepada keperluan anda.
(vi)MANFAAT PENGECUALIAN BAYARAN CARUMAN (IKHLAS WAIVER OF CONTRIBUTION RIDER)
Apakah PERLINDUNGAN yang IKHLAS Waiver of Contribution Takaful Rider sediakan?
Ikhlas Waiver of Contribution Takaful Rider adalah plan yang menawarkan pelepasan semua sumbangan di masa hadapan (all future contribution) termasuk manfaat-manfaat lain kecuali Manfaat Penyakit Kritikal (including attaching riders, except Critical Illness rider) sekiranya peserta disahkan menghidap salah satu dari penyakit kritikal yang terdapat di dalam polisi.
Selepas disahkan menghidap penyakit kritikal, manfaat akan dibayar kepada peserta dengan syarat-syarat seperti berikut:
-Kehilangan Upaya adalah berdasarkan definasi "Kerja Sendiri" (“own occupation”)
- Manfaat hilang upaya akan dibayar selepas melepasi tempoh menunggu (waiting period) dan hilang upaya tersebut mestilah berlaku secara terus menerus selama tidak kurang daripada enam (6) bulan (hilang upaya sekurang-kurangnya selama 6 bulan).
- Pihak Takaful Ikhlas berhak untuk mengenakan sumbangan yang lebih sekiranya peserta didapati tidak sihat semasa pemeriksaan kesihatan (semasa proses untuk menyertai perlindungan Takaful Ikhlas)
Syarat-syarat dan Had Umur (Terms and Age Limit)
Tarikh dikeluarkan : 18 - 60 tahun, umur hari jadi akan datang,(L/P)
Tarikh Matang : Ketika mencapai umur 65 tahun.
Masa Perlindungan : Minima – 5 tahun
Maksima - 47 tahun, bergantung kepada syarat-syarat dalam pelan asal
Tiada ulasan:
Catat Ulasan