Takaful merupakan salah satu konsep insurans yang berasaskan Muamalat Islam yang berlandaskan hukum Syariah. Konsep ini sebenarnya telah diamalkan sejak lebih 1,400 tahun.Pada asasnya, sistem Takaful berteraskan konsep kerjasama, tanggungjawab, jaminan, perlindungan dan saling membantu di kalangan para pesertanya.Dalam erti kata lain, ia merupakan penyediaan sumbangan yang dikongsi bersama bagi membantu mereka yang memerlukannya.Asas falsafah ini adalah berpandukan kepada beberapa hadith Rasulullah s.a.w. yang antaranya:
Dalil Kerjasama
Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan taqwa, janganlah kamu tolong-menolong dalam berbuat dosa dan permusuhan. (Al-Maidah : 2)
Allah akan sentiasa membantu hamba-Nya selagi mereka saling membantu antara satu sama lain. (Diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan Imam Abu Daud)
Dalil Tanggungjawab
Ibarat hubungan dan perasaan orang-orang beriman sesama mereka adalah seperti jasad, apabila salah satu daripadanya ditimpa kesusahan, maka seluruh anggota yang lain juga akan merasainya. (Diriwayatkan oleh Imam Al-Bukhari dan Imam Muslim)
Dalil Saling Melindungi
Demi hayatku yang berada dalam kekuasaan Allah, tiada siapa yang akan masuk Syurga jika beliau tidak melindungi jirannya yang berada dalam kesusahan. (Diriwayatkan oleh Imam Ahmad)
Berasaskan kepada dalil di atas, para ilmuan Islam memutuskan bahawa usaha bersepadu perlu wujud untuk melaksanakan konsep Takaful sebagai kaedah terbaik untuk memenuhi tuntutan ini.
Kenapa perlu memiliki takaful dalam kehidupan
Menurut kajian yang dibuat oleh Life Insurance Malaysian Research Association (LIMRA), sepanjang hayat manusia, seseorang itu memerlukan sebanyak 7 polisi insuran / takaful. Ia meliputi aspek untuk perlindungan,kesihatan,pendidikan,pelaburan dan juga simpanan.
Penduduk Malaysia yang mempunyai perlindungan insurans / takaful hanya 25% daripada 26 juta rakyatnya (kebanyakan terdiri dari bukan Melayu). Berdasarkan fakta ini, kesedaran memiliki insuran/takaful masih lagi rendah khususnya dikalangan orang Melayu.
Di Singapura sebanyak 100% yang memiliki polisi, secara purata 1 orang 1 polisi dan di Jepun sebanyak 150%, iaitu 1 orang memiliki lebih daripada satu polisi.
Bagi seorang muslim, ulama telah menhasilkan takaful sebagai alternative untuk insurans konvesional. Ini bagi mengelakkan unsur-unsur yang tidak halal dalam insurans. Syarikat Takaful Ikhlas adalah salah satu syarikat yang beroperasi menurut syariah Islam dan diawasi oleh badan syariah tersendiri.
“Gunakan 5 sebelum 5 perkara : Muda sebelum Tuan; Sihat sebelum Sakit; Kaya sebelum Miskin; Lapang sebelum Sempit; Hidup sebelum Mati”